Saturday, December 10, 2016

SPRM Selangor mahu 'bersihkan' sektor kritikal

SHAH ALAM 9 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menyasarkan sektor-sektor kritikal bersih dan bebas rasuah dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

Sektor-sektor yang diberikan tumpuan itu adalah perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan institusi kewangan. 

Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, bagi memastikan sasaran tersebut tercapai, maka fokus dan penekanan akan diberikan kepada pendekatan terhadap tindakan merampas semua hasil dan harta rasuah. 

"Amalan rasuah melemahkan tadbir urus yang baik, mengakibatkan ketirisan dalam agihan peruntukan sumber dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Hari Antirasuah Antarabangsa peringkat negeri di sini, hari ini. Yang turut hadir ialah Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim. 

Utusan Malaysia Online

No comments: