Saturday, April 25, 2009

Kakitangan awam dibenar guna cuti bersalin lebih awal

KUALA LUMPUR 25 April — Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru itu berkuatkuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.

Ketua-ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal itu direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan, menurut pekeliling itu.

BERNAMA

No comments: