Wednesday, April 8, 2009

Kerja lebih 30 minit sehari

KUALA LUMPUR 7 April - Seorang senator hari ini mencadangkan agar semua kakitangan awam bekerja lebih masa selama 30 minit sehari bagi meningkatkan produktiviti sekali gus memastikan segala perancangan dalam Bajet Mini dapat dilaksana dengan cekap.

Senator Datuk Gooi Hoe Hin berkata, masa 30 minit itu diharap dapat diguna sepenuhnya oleh kakitangan perkhidmatan awam untuk menyelesaikan segala tugas dalam membantu kerajaan menghadapi masalah kegawatan ekonomi.

"Setengah jam sehari (lebih masa) supaya fail yang ada kita bereskan.

Masa setengah jam ini maknanya daya produktiviti akan naik mendadak dan akan menjadi kakitangan awam yang betul-betul membantu kerajaan dalam menghadapi masalah ekonomi," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata, kakitangan perkhidmatan awam juga perlu mengubah sikap sambil lewa dan sikap tidak apa agar sistem penyampaian kepada rakyat dapat ditingkatkan.

BERNAMA

No comments: