Friday, April 17, 2009

Zainal Rahim dilantik SUK Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 17 April — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang Datuk Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Setiauasaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Jamaludin Hasan yang tamat tempoh perkhidmatan secara kontrak pada 2 Mac lepas, demikian kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Zainal Rahim, 52, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia/Syracuse University Amerika Syarikat, selain ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah dan sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran negeri, dareah serta pihak berkuasa tempatan.

Antara jawatan yang pernah beliau sandang ialah Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Pegawai Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang, dan Ketua Penolong Pengarah, Unit Majlis Bersama Kebangsaan, Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan awam.

Zainal Rahim juga pernah menjadi Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Organisasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Penolong Pengarah Tanah dan Galian Pahang, dan Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Projek, Kementerian Kerja Raya.

Bernama

No comments: