PUTRAJAYA 29 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan pembaharuan struktural dalam perkhidmatan awam dengan mengesyorkan proses saling penyerapan di antara bakat-bakat sektor awam dan swasta.
Di bawah kaedah ini, Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan dari perkhidmatan lain selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik.
"Kedua, saya juga mencadangkan satu dasar pintu terbuka di mana pegawai-pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai GLC dipinjamkan ke perkhidmatan awam untuk saling menimba pengalaman.
"Ketiga, bagi mendapatkan bakat yang terbaik, perkhidmatan awam juga perlu mencontohi pelan pembangunan kerjaya dan pencarian bakat yang diamalkan oleh syarikat-syarikat seperti Petronas termasuk Bank Negara.
"Kita juga akan menghantar pegawai terbaik dalam kalangan penjawat awam untuk menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti di Kennedy School of Government di Universiti Harvard dan Wharton Busniness School di Universiti Pennsylvania," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-10 (MAPPA X) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari iniUtusan Online
No comments:
Post a Comment