Tuesday, February 24, 2009

JPA tingkat khidmat pelanggan

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedia melaksanakan perubahan dinamik dalam sistem sedia ada yang lebih berorientasikan pelanggan sekali gus menghasilkan kecekapan di kalangan kakitangannya.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelaksanaan proses kerja dalam sistem operasi sedia ada memang mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerajaan namun akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi memastikan sasaran yang ditetapkan jabatan tercapai.

"Setiap bahagian dan agensi yang diterajui JPA mempunyai piagam pelanggan dan sasaran kualiti masing-masing. JPA sentiasa memastikan segala program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, malah perkhidmatan kita adalah antara yang terbaik.

"Namun, kita tidak memandang tinggi dengan kejayaan yang dicapai kerana semua kakitangan perlu menetapkan fokus dalam memberi perkhidmatan yang terbaik melalui perbincangan bagi memastikan segala operasi berjalan lancar dan memberi kepuasan kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berita Harian Online

No comments: