Tuesday, February 24, 2009

Kerajaan sasar seorang guru bagi 20 murid: KPPA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha aktif bagi memperbaiki sistem penyampaian pendidikan dengan menyediakan seorang guru bagi setiap 20 murid, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, hari ini.

Pada masa ini nisbahnya ialah seorang guru bagi setiap 40 murid dan terdapat kira-kira 360,000 guru di negara ini atau kira-kira 36 peratus dari keseluruhan perkhidmatan awam.

Dalam respon segera, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mempunyai 150,000 anggota menyambut baik langkah itu, dengan menyatakan nisbah baru itu adalah "ideal dan impian setiap guru".

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia memerlukan sedikit masa sebelum dasar itu dapat dilaksanakan sepenuhnya berikutan kurangnya guru terlatih.

Ismail menasihatkan siswazah yang belum mendapat kerja memohon mengikuti kursus latihan guru.

- Bernama

No comments: