Sebagai kakitangan awam yang terbabit dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), saya juga tidak ketinggalan mengambil ujian penilaian itu bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang kerjaya.
Selepas tiga kali menjalani PTK, saya terpanggil untuk memberi komen dan pandangan berikut:
Namun, perlu diberi penambahbaikan terutama dari sudut kesahihan dalam kertas jawapan di mana tiada rujukan dalam peratusan yang lulus. Lebih baik kertas jawapan ditunjukkan semula supaya setiap individu dapat mengetahui kelemahan dan meningkatkan kepercayaan kepada penilaian ini.
Seorang rakan sekerja (guru) lulus dengan tahap IV bagi kedua-dua kertas ujian pada Mac tahun lalu tetapi kenaikan gaji hanya dinikmati mengikut tarikh anjakan gaji tahunan.
Saya mencadangkan kaedah menaikkan anjakan gaji mengikut anjakan gaji tahunan diselaraskan di mana kenaikan anjakan kakitangan yang cemerlang (tahap IV) menerima anjakan pada Januari bagi mengurangkan jurang ketara.
Jika masih menggunakan kaedah anjakan mengikut anjakan gaji tahunan individu, lebih baik ujian PTK dijalankan sekali setahun supaya kenaikan lebih adil.
PENYOKONG PTK,
Bujang, Sarawak.
Berita Harian
No comments:
Post a Comment