Tuesday, February 24, 2009

Layakkah kakitangan awam naik gaji lagi?

MERUJUK kepada berita di Utusan Malaysia, semalam, saya berpendapat bahawa cadangan CEUPACS supaya kerajaan mengkaji semula gaji ahli-ahlinya sebagai melampau dan akan membebankan kerajaan.

Kenapa kesatuan itu tidak turun padang dan saksikan serta nilai sendiri prestasi kerja ahli-ahli CEUPACS. Adakah ia setimpal dengan gaji dan elaun yang dibayar sekarang? Rata-rata mereka ini dibayar lebih dari apa yang mereka lakukan.

Sebagai seorang pesara di Perkhidmatan Awam (bersara pilihan) saya rasa berdosa kepada umum kerana menerima gaji dan elaun yang tidak sepatutnya.

Pada usia persaraan sekarang 58 tahun, apa yang mereka boleh lakukan?

Di kebanyakan jabatan di peringkat umur ini mereka hanya berehat-rehat dan memikirkan masa persaraan sahaja.

Sikap melampau CEUPACS ini semacam satu ugutan kepada setiap Perdana Menteri baru.

Tengok-tengok sendiri berapa ramai dari penjawat awam yang betul-betul menyokong kerajaan.

Dengan alasan apakah permohonan kenaikan gaji yang dipohon kali ini?

WALLANG ANGGUN
Gerik, Perak

Utusan Online

No comments: