SAYA adalah seorang kakitangan bawahan kumpulan sokongan 1 gred N27 lantikan 1997 anggota Penguat kuasa yang bertugas di Ibu Pejabat JPJ.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada panel penilaian kenaikan pangkat yang memilih saya sebagai salah seorang calon bagi memangku jawatan N32.
Namun yang menjadi kemusykilan saya ialah nasib rakan-rakan saya yang tahun sama lantikan atau sebelum dari saya yang lebih 'kekananan' dari saya, tapi masih tercicir.
Mengikut para 5, syarat kenaikan yang ditetapkan oleh panel ialah:
''Calon-calon yang layak akan dipertimbangkan berdasarkan keputusan PTK, kekananan, mendapat sokongan dan tapisan ketua bahagian, dan markah merit".
Namun apabila keputusan dikeluarkan baru-baru ini ramai pula anggota gred N27 yang baru dilantik/dinaikkan pangkat dari bawah layak ke gred N32.
Ada pegawai yang layak ke gred 32 itu baru tiga, empat tahun dalam lantikan. Sedangkan rakan-rakan saya yang lain yang lebih lama atau lebih kekananan tidak layak.
Mohon lebih adil dan telus dalam hal ini bagi menjaga imej JPJ secara keseluruhannya.
Ambil kiralah soal 'kekananan' dan bukan ditumpukan kepada pegawai yang terlalu muda di dalam perkhidmatan sahaja.
MESRA, CEKAP, TELUS
Lembah Kelang
No comments:
Post a Comment