Saturday, June 4, 2011

1MDB tawar biasiswa kepada pelajar cemerlang

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan bumiputera.

Katanya keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon-pemohon 8A+ yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Bagaimanapun, kelonggaran khas juga akan diberikan kepada pemohon bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperolehi 6A+ dan 5A+ akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka, katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat biasiswa 1MDB bersama dengan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Harian Metro Online

No comments: