Friday, June 3, 2011

Senarai nama ke Peguam Negara

KUALA LUMPUR 3 Jun - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara senarai nama penerima biasiswanya yang enggan pulang untuk berkhidmat di tanah air selepas menamatkan pengajian mereka di luar negara.
Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, pihaknya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap golongan berkenaan.

"Setakat ini senarai nama ini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, maka tindakan yang sepatutnya akan diambil terhadap golongan ini nanti," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada masa sama, katanya, beliau akan mengkaji semula jumlah penerima biasiswa JPA yang enggan pulang untuk berkhidmat di tanah air itu dan keputusannya akan diketahui minggu depan.

Utusan Online

No comments: