Wednesday, May 11, 2011

'Kalau tak ada kaitan operasi 3B'

Oleh NORLIZA ABD.RAHMAN
utusanputrajaya@utu san.com.my

PUTRAJAYA 11 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menimbangkan untuk memulangkan wang milik anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibekukan dalam ope rasi 3B.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, pihak suruhanjaya sedia menyemak dan mengkaji permohonan yang di kemukakan oleh anggota KDRM yang mahu menuntut wang mereka.

''Buat permohonan dulu kepada SPRM, kita akan tengok dan kajilah kalau tak ada kaitan (de ngan operasi 3B), kita akan pertimbangkan (untuk dicairkan)," kata nya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas per mintaan Presiden Kesatuan Kastam Semenanjung Malaysia (KKSM), Ibrahim Ahmad hari ini yang mahu SPRM memulangkan wang anggotanya yang dibekukan.
April lalu negara di gemparkan dengan pe nangkapan 62 pegawai KDRM bagi membantu siasatan berhubung ke rugian dianggarkan seju mlah RM108 bilion aki bat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta di bawah SPRM, KDRM, polis dan LHDN.
Siasatan kes itu mencetuskan kontroversi apabila pada 6 April le pas Penolong Pengarah Kastam Se langor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wi layah Persekutuan di Jalan Coch rane, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ibrahim berkata, KKSM memohon agar wang pega wai yang dibekukan dipulangkan semula kerana duit itu diperoleh daripada sumber pencen.
''Ada yang ditahan itu melibat kan wang antara RM30,000 hingga RM240,000, ini bukan duit rasuah tetapi duit pencen, mereka perlu kan duit kerana ada yang mahu mengerjakan haji.

''Mereka sudah kemukakan bukti yang itu duit pencen daripada Ja batan Perkhidmatan Awam jadi ke nalah pulangkan, kalau ada duit tapi tak boleh pakai sayanglah," katanya yang ditemui selepas pertemuan dengan Pengarah Bahagian Pendi dikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamsiah Abu Bakar.

Utusan Online

No comments: