Monday, May 9, 2011

Sabah lancar bilik bicara bergerak

PENAMPANG 9 Mei - Mula beroperasi sejak April lepas dan telah mengendalikan 99 kes setakat ini, Jabatan Kehakiman Negeri Sabah hari ini melancarkan secara rasmi bilik bicara bergeraknya.

Ketika melancarkannya, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau berbangga kerana Sabah menjadi pelopor perkhidmatan itu yang bertujuan memudahkan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.

"Bilik bicara bergerak ini diilhamkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum selepas memerhatikan kesulitan dan masalah dihadapi oleh saksi dan orang awam yang tinggal di pekan kecil dan jauh dari bandar-bandar, untuk berurusan dengan mahkamah ini,” katanya di sini.

Beliau berkata, kewujudan bilik bicara bergerak itu juga membantu kerajaan menjimatkan kos sehingga jutaan ringgit kerana tidak perlu membina bangunan mahkamah di semua daerah.

"Ini kerana untuk membina bangunan mahkamah dengan kelengkapan sebuah bilik bicara boleh menelan sekitar RM5 juta hingga RM8 juta, manakala kos untuk mewujudkan bilik bicara mahkamah bergerak melalui pengubahsuaian bas hanya menelan belanja RM250,000 hingga RM300,000 saja,” kata Musa. - Bernama

Utusan Online

No comments: